Sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor

BANTUAN SIHAT SELANGOR

Syarat-syarat kelayakan memohon Bantuan Sihat Selangor

Pemohon hendaklah menepati syarat-syarat berikut yang telah ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri

  1. Lahir di negeri Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000.00
  3. Keutamaan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak
  4. Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan ramai, ketua keluarga meninggal, ahli keluarga yang sakit atau golongan orang kurang upaya (OKU)
  5. Rawatan bagi katarak mata, kanser, pembedahan kecil dan lain-lain rawatan perubatan hanya dilaksanakan di hospital kerajaan sahaja
  6. Permohonan bantuan pembedahan kecil dan katarak mata perlu memohon sebulan lebih awal daripada tarikh pembedahan
  7. Tuntutan bayaran dan tunggakan ke atas sesuatu bil rawatan yang telah dibayar tidak dipertimbangkan
  8. Permohonan berkaitan kos perjalanan dan sumbangan kewangan tidak dipertimbangkan
  9. Penjawat awam dan keluarga pegawai seperti takrifan di dalam pekeliling perkhidmatan bilangan 21 tahun 2009 tidak dapat dipertimbangkan
  10. Setiap pemohon hanya dibernarkan membuat permohonan sekali sahaja pada setiap tahun
  11. Tarikh tutup permohonan bagi setiap tahun adalah sebelum 30 september
  12. Pemohon yang mendapat kelulusan peka B40 tidak akan dipertimbangkan
  13. Permohonan bagi ubat-ubatan yang boleh didapati daripada hospital awam tidak akan dipertimbangkan