Sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor

BANTUAN SIHAT SELANGOR

BANTUAN

SIHAT

SELANGOR

Kesihatan untuk semua

BANTUAN SIHAT SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin akan tahap kesihatan rakyat di negeri ini. Keperihatinan ini disalurkan melalui dana Bantuan Sihat Selangor kepada golongan yang kurang berkemampuan

Bantuan ini diperkenalkan sejak tahun 2009 dan berterusan hingga kini dengan beberapa penambahbaikan dan kemudahan bantuan di pelbagaikan. Diharapkan dengan Bantuan Sihat Selangor ini dapat membantu meringankan beban rakyat Negeri Selangor dalam menjalani rawatan serta kehidupan yang lebih sihat, seterusnya melahirkan masyarakat yang positif dan sejahtera.


Ketika membentangkan Bajet 2023 Selangor, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, sebanyak RM5 juta diperuntukan untuk meneruskan program Bantuan Sihat Selangor (BSS)

JENIS-JENIS BANTUAN

Katarak Mata

Bantuan pembelian kanta dan pembedahan katarak sehingga RM1,200

Fisioterapi Pasca Hospitalisasi

Bantuan rawatan fisioterapi berdasarkan saranan doktor di Hospital Kerajaan sehingga RM5,000

Rawatan Kanser

Bantuan untuk kos rawatan, peralatan dan ubat yang disyorkan oleh Hospital

Kerajaan sehingga RM5,000

Pembedahan Kecil

Bantuan kemudahan untuk pembedahan kecil sehingga RM5,000

Kaki Palsu

Bantuan dan kemudahan membeli kaki palsu sehingga RM5,000

Bantuan dan kemudahan rawatan penyakit tibi sehingga RM800

Lain-lain

Bantuan dan kemudahan rawatan perubatan sehingga RM5,000

PANEL

Program ini turut mengalu-alukan penglibatan pembekal perubatan untuk mengembangkan capaian program ke seluruh negeri Selangor. Sertai Bantuan Sihat Selangor sekiranya anda memenuhi syarat-syarat berikut.

  1. Pembekal alatan / perubatan mestilah farmasi yang berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia (Lesen A)
  2. Penyedia dikehendaki memiliki premis fizikal dan hanya dibenarkan untuk menjalankan perniagaan di alamat yang didaftarkan di dalam lesen perniagaan / SSM

Bantuan Sihat Selangor

PENGUMUMAN PENTING

PROGRAM BANTUAN SIHAT SELANGOR (BSS) TAHUN 2026


Adalah dimaklumkan bahawa permohonan Bantuan Sihat Selangor

dibawah kategori Lain-Lain akan DITUTUP buat sementara waktu

bermula 13 April 2026 sehingga dimaklumkan kelak.


Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:


1-800-22-6600 (Hotline Selcare)

bss@selcare.com


Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak amatlah dihargai.

Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui

saluran rasmi BSS.


Sekian, terima kasih