Sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor

BANTUAN SIHAT SELANGOR

Jenis-jenis Bantuan & Kemudahan Perubatan Yang Ditawarkan

Dialisis Buah Pinggang

  1. Bantuan kemudahan dialisis sehingga RM5,000
  2. Pemohon boleh mendapatkan rawatan dialisis di pusat-pusat hemodialisis di Hospital Kerajaan ataupun Swasta.
  3. Pembayaran secara "one-off" akan dibuat kepada pusat yang memberikan rawatan hemodialisis
  4. Keutamaan diluluskan kepada pesakit yang tidak mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana agensi

Katarak Mata

  1. Bantuan pembelian kanta & pembedahan katarak sehingga RM 1,200
  2. Kanta mata dibekalkan oleh hospital tempat pesakit menerima rawatan atau farmasi yang terpilih yang menawarkan harga pasaran terendah
  3. Pembayaran secara "one-off" akan dibuat kepada pihak hospital dan/atau kepada pusat yang membekalkan kanta mata

Pembedahan Kecil

  1. Bantuan kemudahan untuk pembedahan kecil sehingga RM 5,000
  2. Bantuan yang diberikan adalah merangkumi kos pembedahan ataupun pembelian peralatan ataupun kedua-duanya sekali yang dijalankan di Hospital Kerajaan sahaja.
  3. Pembayaran secara "one-off" akan dibuat kepada pihak hospital dan/atau kepada pihak pembekal sekiranya memerlukan pembelian peralatan

Prostetik (Kaki palsu)

  1. Bantuan dan kemudahan membeli kaki palsu sehingga RM 5,000
  2. Permohonan untuk pembelian peralatan ataupun kos rawatan pesakit. Membantu Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak mampu untuk membeli peralatan seperti kaki palsu yang disyorkan oleh Pakar Perubatan ataupun Doktor.

Lain-lain

  1. Bantuan dan kemudahan rawatan perubatan sehingga RM 5,000
  2. Bantuan peralatan dan juga lain-lain rawatan yang dilakukan di Hospital Kerajaan.
  3. Pembayaran secara "one-off" akan dibuat kepada pihak hospital yang merawat atau kepada pembekal peralatan

Tibi

  1. Bantuan dan kemudahan rawatan penyakit tibi sehingga RM 800
  2. Temasuk dalam Program Insentif Rawatan Tibi Negeri Selangor
  3. Pesakit mendapat rawatan di hospital kerajaan/klinik kesihatan/pusat perubatan swasta di Negeri Selangor atau Institut Perubatan Respiratori
  4. Sedang menerima rawatan tibi secara aktif