Sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin akan tahap kesihatan rakyat di negeri ini. Keperihatinan ini disalurkan melalui dana Bantuan Sihat Selangor kepada golongan yang kurang berkemampuan
Bantuan ini diperkenalkan sejak tahun 2009 dan berterusan hingga kini dengan beberapa penambahbaikan dan kemudahan bantuan di pelbagaikan. Diharapkan dengan Bantuan Sihat Selangor ini dapat membantu meringankan beban rakyat Negeri Selangor dalam menjalani rawatan serta kehidupan yang lebih sihat, seterusnya melahirkan masyarakat yang positif dan sejahtera.
Ketika membentangkan Bajet 2023 Selangor, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, sebanyak RM5 juta diperuntukan untuk meneruskan program Bantuan Sihat Selangor (BSS)
Bantuan kemudahan dialisis sehingga RM5,000
Bantuan pembelian kanta dan pembedahan katarak sehingga RM1,200
Bantuan rawatan fisioterapi berdasarkan saranan doktor di Hospital Kerajaan sehingga RM5,000
Bantuan untuk kos rawatan, peralatan dan ubat yang disyorkan oleh Hospital
Kerajaan sehingga RM5,000
Bantuan kemudahan untuk pembedahan kecil sehingga RM5,000
Bantuan dan kemudahan membeli kaki palsu sehingga RM5,000
Bantuan dan kemudahan rawatan perubatan sehingga RM5,000
Program ini turut mengalu-alukan penglibatan pembekal perubatan untuk mengembangkan capaian program ke seluruh negeri Selangor. Sertai Bantuan Sihat Selangor sekiranya anda memenuhi syarat-syarat berikut.
PENGUMUMAN PENTING
Penutupan Manfaat Rawatan Dialisis bagi Program Bantuan Sihat Selangor (BSS)
Dimaklumkan bahawa:
1. Permohonan bagi manfaat rawatan dialisis di bawah Program BSS akan ditutup sepenuhnya bermula 15 Mac 2025 (Sabtu)
2. Tarikh akhir permohonan manfaat dialisis program BSS: 14 Mac 2025 (Jumaat)
Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi kami: 1-800-22-6600 (Hotline Selcare) Atau emel kepada bss@selcare.com
Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau keperluan maklumat lanjut, sila hubungi pihak kami melalui saluran rasmi BSS.
Terima kasih