Mengenai Bantuan #SMART Sihat

Syarat-syarat #SMART Sihat

Pastikan anda menepati syarat-syarat dari pihak UPEN Negeri Selangor.

1.
LAHIR DI NEGERI SELANGOR atau BERMASTAUTIN MELEBIHI 10 TAHUN.
 
 
2.
Pendapatan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM3,000.00.
 
 
3.
SALINAN SURAT KELULUSAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) dari KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA atau MAKLUMAT PENDAFTARAN E-KASIH perlu dikemukakan.
 
 
4.
Keutamaan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.
 
 
5.
Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan ramai, ketua keluarga meninggal, ahli keluarga yang sakit atau golongan Orang Kurang Upaya (OKU)
 
 
6.
Rawatan bagi KATARAK MATA, PEMBEDAHAN KECIL dan LAIN-LAIN RAWATAN perubatan hanya DILAKSANAKAN DI HOSPITAL KERAJAAN SAHAJA.
 
 
7.
Permohonan bantuan PEMBEDAHAN KECIL dan KATARAK MATA perlu memohon SEBULAN LEBIH AWAL daripada tarikh pembedahan.
 
 
8.
TUNTUTAN BAYARAN dan TUNGGAKAN ke atas sesuatu bil rawatan yang telah dibayar tidak dipertimbangkan.
 
 
9.
Permohonan berkaitan KOS PERJALANAN dan SUMBANGAN KEWANGAN tidak dipertimbangkan.
 
 
10.
PENJAWAT AWAM dan KELUARGA PEGAWAI seperti takrifan di dalam PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2009 tidak dapat dipertimbangkan.
 
 
11.
Setiap pemohon hanya dibernarkan membuat permohonan SEKALI SAHAJA PADA SETIAP TAHUN.
 
 
12.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN bagi setiap tahun adalah sebelum 30 SEPTEMBER.
 
 
13.
Pemohon yang mendapat kelulusan PEKA B40 tidak akan dipertimbangkan.
 
 
14.
Permohonan bagi ubat-ubatan yang boleh didapati daripada hospital awam tidak akan dipertimbangkan
 
 

SYARAT-SYARAT BAGI PEMBEKAL BANTUAN PROGRAM SIHAT SELANGOR

1.
Pembekal alatan / perubatan mestilah farmasi yang berdaftar dengan LEMBAGA FARMASI MALAYSIA (Lesen A)
 
 
2.
PUSAT HAEMODIALISIS SWASTA yang mempunyai perakuan KELULUSAN dan LESEN daripada KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA