Disable Preloader

Bantuan #SMART Sihat

Bantuan yang disalurkan merangkumi kos pembedahan atau pembelian peralatan atau kedua-duanya. Pembedahan dijalankan di hospital kerajaan sahaja. Pembedahan adalah teknologi yang terdiri daripada campur tangan fizikal terhadap tisu badan. Umumnya, sesuatu tatacara dikira sebagai pembedahan jika ia melibatkan pemotongan tisu pesakit atau penutupan luka yang dialami dahulu. Lain-lain tatacara yang tidak tergolong dalam takrifan tersebut, contohnya angioplasti atau endoskopi boleh dikira sebagai pembedahan jika ia melibatkan tatacara atau aturan pembedahan yang `umum` seperti penggunaan persekitaran yang steril (bebas kuman), anestesia, keadaan antiseptik, peralatan bedah yang lazim, dan penjahitan atau pengokotan. Segala jenis pembedahan dikira sebagai tatacara invasif (menembusi badan); yang bergelar `pembedahan tak invasif` lazimnya memaksudkan eksisi yang tidak menembusi struktur yang terbabit (cth. ablasi kornea dengan laser) ataupun tatacara radiobedah (cth. penyinaran terhadap tumor).

PEMBEDAHAN