
Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin akan tahap kesihatan rakyat di negeri ini. Keperihatinan ini disalurkan melalui dana Bantuan Sihat Selangor kepada golongan yang kurang berkemampuan
Bantuan ini diperkenalkan sejak tahun 2009 dan berterusan hingga kini dengan beberapa penambahbaikan dan kemudahan bantuan di pelbagaikan. Diharapkan dengan Bantuan Sihat Selangor ini dapat membantu meringankan beban rakyat Negeri Selangor dalam menjalani rawatan serta kehidupan yang lebih sihat, seterusnya melahirkan masyarakat yang positif dan sejahtera.
Ketika membentangkan Bajet 2023 Selangor, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, sebanyak RM5 juta diperuntukan untuk meneruskan program Bantuan Sihat Selangor (BSS)

Bantuan pembelian kanta dan pembedahan katarak sehingga RM1,200

Bantuan rawatan fisioterapi berdasarkan saranan doktor di Hospital Kerajaan sehingga RM5,000

Bantuan untuk kos rawatan, peralatan dan ubat yang disyorkan oleh Hospital
Kerajaan sehingga RM5,000

Bantuan kemudahan untuk pembedahan kecil sehingga RM5,000

Bantuan dan kemudahan membeli kaki palsu sehingga RM5,000

Bantuan dan kemudahan rawatan perubatan sehingga RM5,000
Program ini turut mengalu-alukan penglibatan pembekal perubatan untuk mengembangkan capaian program ke seluruh negeri Selangor. Sertai Bantuan Sihat Selangor sekiranya anda memenuhi syarat-syarat berikut.

PENGUMUMAN PENTING
PROGRAM BANTUAN SIHAT SELANGOR (BSS) TAHUN 2026
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan Program Bantuan Sihat Selangor (BSS)
bagi tahun 2026 kini dibuka seperti biasa mengikut syarat yang telah ditetapkan.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi kami: 1-800-22-6600 (Hotline Selcare)
Atau emel kepada bss@selcare.com
Kerjasama dan perhatian semua pihak amatlah dihargai.
Sila hubungi pihak kami melalui saluran rasmi BSS sekiranya memerlukan penjelasan lanjut.
Sekian, terima kasih

